~hatiku sayu
berdebar menanti khabaran
teramat dalam rasa rindu
bersyukurku mendengar berita kepulangan..

saat kau tiada di sisi
setiap tadahan doa ku panjatkan
moga kau gembira di sana
selamat segalanya...

aku tabahkan hati
keranaku tahu kau gembira
bersama impian dan cita
menabur bakti mengerah tenaga

sunyi tiada ceria
namun senyuman aku ukirkan
keranaku tahu kau juga rindu
seperti yg ku rasakan selalu...:)

sayangku padamu
ikhlas lahir dari hati sanubariku
walau tiada aku lafazkan selalu
tiada mampu aku menduakanmu
kerana kesetiaanlah kekuatanku...

namun
dugaan datang melabuh
kerana Allah ingin sedarkan aku
sedarkan akan kesilapan aku...

betapa akulah yang paling bertuah
memiliki kasih-Mu ya Rabbi
dan bertapa aku terlalu bertuah
memiliki kasihmu wahai insani...


aku mencintaimu
& aku sangat menyayangimu

maaf...
akan kekuranganku
aku masih lemah...
dan aku dambakan perubahan...

usahaku utk keluar
keluar dari tampuk kelemahan
usahaku utk keluar
keluar dari tampuk kekurangan...
janjiku pada diriku
agar aku mampu
menjadi yang terbaik buat dirimu
mengukir senyuman di wajahmu
tanda menghargaimu disisiku...
semoga kekurangan ini hanya sementara
agar aku melengkapimu...

maafkanku..
atas kesilapan yg tiadaku sengajakan
atas kepentingan diri yg kau rasakan
juga segala kepedihan yg telah aku beri
teramat aku kesali
dan terasa mahu aku unduri
namun ianya pengajaran yang paling ku hargai...

terima kasih atas kesabaranmu..
juga buat segala-galanya
kerana keikhlasanmu
mengajar aku tentang ciNtA....